A. Pembuatan Asid Sulfurik
- Asid Sulfurik, H2SO4 dihasilkan dalam industri melalui Proses Sentuh.
- Bahan-bahan mentah untuk penghasilan asid sulfurik, H2SO4 ialah Sulfur, Udara π¨ dan Air π§.
Peringkat 1 : Pembentukan SULFUR DIOKSIDA
Sulfur lebur dibakar di dalam udara kering untuk menghasilkan sulfur dioksida, SO2. Gas yang terbentuk ditulenkan dan disejukkan.
Persamaan Kimia : S (ce) + O2 (g) ⟶ SO2 (g)
Peringkat 2 : Pembentukan SULFUR TRIOKSIDA
Sulfur dioksida, SO2 dan gas oksigen, O2 yang berlebihan disalurkan melalui mangkin vanadium (V) oksida, V2O5 pada suhu 450°C dan tekanan 1 atmosfera untuk menghasilkan sulfur trioksida, SO3.
Persamaan Kimia : 2SO2 (g) + O2 (g) ⇌ 2SO3 (g)
Kira-kira 99.5% sulfur dioksida, SO2 ditukarkan kepada sulfur trioksida, SO3 melalui tindak balas berbalik itu.
Peringkat 3 : Pembentukan OLEUM
Mula-mula, sulfur trioksida, SO3 dilarutkan di dalam asid dulfurik, H2SO4 pekat untuk membentuk oleum, H2S2O7.
Persamaan Kimia : SO3 (g) + H2SO4 (ce) ⟶ H2S2O7 (ce)
Peringkat 4 : Pencairan OLEUM
Kemudian, oleum, H2S2O7 dicairkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik, H2SO4 pekat dalam kuantiti yang banyak.
❗❌ SO3 (g) + H2O (ce) ⟶ H2SO4 (ce) ❌❗
Walau bagaimanapun,tindak balas ini tidak dilakukan dalam industri kerana sulfur trioksida, SO3 bertindak balas terlalu cergas π
dengan air π¦. Tindak balas ini akan menghasilkan haba π dan wasap asid sulfurik, H2SO4 yang banyak. Wasap ini mengakis, tidak mudah dikondensasikan, dan mencemarkan udara.
B. Pencemaran
- Punca utama kehadiran sulfur dioksida, SO2 di udara adalah melalui pembakaran bahan api fosil π₯ seperti petrol dan hasil sampingan daripada Proses Sentuh.
- Sulfur dioksida, SO2 larut dalam air hujan ☔ untuk membentuk asid sulfurus, H2SO3 yang menyebabkan hujan asid. Persamaan Kimia : 2SO2 (g) + O2 (g) + 2H2O (ce) ⟶ 2SO3 (g)
- Sulfur trioksida, SO3 juga terbentuk apabila sulfur dioksida, SO2 bertindak balas dengan gas oksigen, O2 dalam udara ⛅. Persamaan Kimia : 2SO2 (g) + O2 (g) ⟶ 2SO3 (g)
- Apabila sulfur trioksida, SO3 larut dalam air hujan, asid sulfurik, H2SO4 yang terbentuk akan menyebabkan hujan asid π΅. Persamaan Kimia : 2SO3 (g) + H2O (ce) ⟶ 2H2SO4 (ak)
- Kesan hujan asid terhadap alam sekitar :
- Hujan asid mengakis bangunan π’, tugu π½ dan arca yang dibuat daripada marmar.
- Hujan asid mengaratkan struktur bangunan dan jambatan yang diperbuat daripada logam.
- Hujan asid meningkatkan keasidan tasik π dan sungai yang menyebabkan kematian hidupan akuatik π.
- Hujan asid mengurangkan pH tanah πΎ. Tanah yang berasid tidak sesuai untuk pertumbuhan tanaman π³.
C. Cara Mengatasi Pencemaran
- Mengehadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan api π£rendah kandungan sulfur yang secara tidak langsung, gas sulfur dioksida, SO2 dapat dikurangkan.
- Memperkenalkan pemasangan 'scrubbers' di cerobong asap di kilang-kilang π untuk menapis gas sulfur dioksida, SO2.
- Penggunaan sistem denitrifikasi dan dinyahsulfur, contohnya arang batu π direnyukkan dan dicampurkan dengan batu kapur. Oleh itu, kandungan sulfur dalam arang batu akan bertindak balas dengan kalsium π karbonat dan menghasilkan kalsium sulfat dan gypsum sebagai hasil sampingan.
- Mempertingkatkan lagi teknologi 'flash smelting' π yang sering digunakan oleh pelebur kuprum. Maka, pembebasan sulfur dioksida, SO2 global dapat dikurangkan sehingga 5-10 ton setahun.
- Mengadakan kempen kesedaran π’ dalam kalangan masyarakat tentang bahayanya sulfur dioksida. Anda boleh lakukannya! π
D. Kegunaan Asid Sulfurik
Asid sulfurik, H2SO4 menghasilkan kebanyakan barang dalam kehidupan kita. Contohnya :
Wowww.... Very good
BalasPadamWahhh, thank you!
Padamwoah senang nak faham maybe sebab ada emoji ii tu jadi menarik nak baca ⚡
BalasPadamAhahahhah, thankyou π
Padam