- Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbentuk daripada gabungan banyak unit ulangan kecil yang berantai panjang yang dikenali sebagai monomer.
- Monomer bersambung melalui ikatan kovalen menjadi satu rantai yang panjang melalui proses pempolimeran.
- Polimer dapat dibahagikan kepada polimer semula jadi dan polimer sintetik.
- Polimer semula jadi : kanji πΎ, selulosa πΏ, kapas, protein π, sutera π, getah asli
- Polimer sintetik : Politena, Polipropena, Polivinil Klorida, Polistirena, Perspeks
- Polimer sintetik ialah polimer buatan manusia yang dihasilkan daripada bahan kimia melalui kaedah pempolimeran.
A. Monomer bagi Polimer Sintetik
Polimer Sintetik : Politena π
Monomer : Etena
Kegunaan : Beg plastik, bekas plastik, penebat untuk dawai elektrik
Struktur :
Struktur :
Polimer Sintetik : Polipropena πΌ
Polimer Sintetik : Polivinil Klorida ☔
Monomer : Kloroetena
Kegunaan : Kulit sintetik, paip air, baju hujan π
Struktur :
Struktur :
Polimer Sintetik : Polistirena π΄
Monomer : Stirena
Polimer Sintetik : Perspeks π
Monomer : Metil metakrilat
Pempolimeran ialah proses penyambungan monomer-monomer yang banyak π untuk membentuk polimer. Pempolimeran terbahagi kepada pempolimeran penambahan dan pempolimeran kondensasi.
Contoh pempolimeran kondensasi :
B. Pencemaran
Pencemaran alam sekitar yang disebabkan pelupusan polimer sintetik :
- Pembuangan polimer sintetik seperti bekas dan botol plastik πΌ boleh menyebabkan sistem saliran dan sungai π tersumbat π« serta berlaku banjir kilat ⚡.
- Pembakaran π₯ polimer sintetik membebaskan gas hidrogen klorida, HCl yang boleh mengakibatkan masalah hujan asid.
- Berlaku kesan rumah hijau akibat daripada pembebasan karbon dioksida, CO2 yang menyebabkan perubahan cuaca bumi π dan pengurangan hasil pertanian π΄.
C. Cara Mengatasi Pencemaran
Cara-cara mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan polimer sintetik.
- Mengurangkan, menggunakan dan mengitar semula polimer sintetik π.
- Menggunakan polimer terbiodegradasi.
Sama-samaa
BalasPadam