Rabu, 17 Oktober 2018

9.5 Kaca dan Seramik

Komponen utama kaca ialah silika atau silikon dioksida, SiO2 yang diperoleh daripada pasir ⛺.



Sifat-sifat Kaca :
  • Lut sinar dan membiaskan cahaya 🌞
  • Keras tetapi rapuh 
  • Penebat haba dan elektrik yang baik ⚡ 
  • Senang dibersihkan πŸ’™
Kebanyakan kaca dihasilkan melalui campuran leburan silika dengan sebatian yang lain.

A. Kegunaan Kaca


Jenis Kaca : Kaca Soda Kapur
Komposisi : 70% SiO+ 20% Na2O + 5% CaO + 5% Oksida lain
Sifat :
  • Takat lebur rendah (700°C)
  • Mudah diubah bentuk
  • Tidak tahan haba dan bahan kimia πŸ˜–
  • Mudah pecah πŸ’”
Kegunaan : Membuat kaca tingkap 🏒, mentol πŸ’‘, cermin, bekas kaca


Jenis Kaca : Kaca Silika Terlakur
Komposisi : 99% SiO2 + 1% B2O3
Sifat : 
  • Takat lebur sangat tinggi (1700°C) πŸ˜₯
  • Tidak mudah berubah bentuk
  • Tidak mudah ❌ mengembang atau mengecut dengan perubahan suhu 
  • Lut sinar kepada sinar ultraungu
Kegunaan : Membuat alatan kaca makmal, kanta optik, teleskop, cermin 🏑, gentian optik


Jenis Kaca : Kaca Plumbum
Komposisi : 55% SiO2 + 30% PbO + 10% K2O + 3% Na2O + 2% Al2O3
Sifat :
  • Takat lebur rendah (600°C)
  • Indeks biasan yang tinggi 😎
  • Bersinar πŸ’Ž
  • Ketumpatan yang tinggi
Kegunaan : Membuat barangan hiasan πŸ’, barangan kristal, prisma


Jenis Kaca : Kaca Borosilikat
Komposisi : 80% SiO2  + 15% B2O3 + 4% Na2O + 1% Al2O3
Sifat : 
  • Takat lebur tinggi (800°C) πŸ”₯
  • Tahan haba dan mempunyai rintangan terhadap bahan kimia
  • Mengembang dan mengecut sedikit sahaja apabila suhu berubah πŸ‘Œ
  • Lut sinar kepada cahaya dan inframerah tetapi tidak ❌ kepada ultraungu
Kegunaan : Membuat alatan memasak 🍳, alatan kaca makmal, lampu kereta πŸš—, saluran paip kaca

Seramik diperbuat daripada tanah liat yang telah dipanaskan pada suhu yang sangat tinggi.

Kebanyakan seramik mengandungi silikon, oksigen dan aluminium.

Sifat-sifat Seramik :
  • Keras tetapi rapuh
  • Tahan kakisan
  • Tahan pemanasan 🌞 dan mampatan 
  • Permukaan kasar

B. Kegunaan Seramik



Penggunaan : Bahan binaan 🏬
Sifat Seramik : Keras dan kuat πŸ’ͺ
Contoh : Batu bata, Jubin, Simen

Penggunaan : Bahan hiasan πŸ’
Sifat Seramik : Menarik πŸ‘€ dan tahan lama
Contoh : Pasu, Tembikar, Porselin

Penggunaan : Bidang perubatan dan pergigian 😁
Sifat Seramik : Lengai, keras dan tahan mampatan
Contoh : Tangan, kaki dan gigi palsu πŸ™Œ

Penggunaan : Bahan rumah tangga 🏑
Sifat Seramik : Lengai secara kimia dan tidak karat
Contoh : Pinggan dan mangkuk 🍡

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.Terima kasih kak atas maklumat yg dikongsikan.Semoga akak sihat selalu ye :D

    BalasPadam