Khamis, 18 Oktober 2018

9.6 Bahan Komposit

  1. Bahan komposit ialah bahan yang dihasilkan daripada gabungan dua ✌ atau lebih bahan-bahan berbeza seperti aloi, logam, kaca, polimer dan seramik.
  2. Sifat-sifat bahan komposit adalah lebih baik πŸ‘ daripada komponen asalnya.

Kegunaan Komposit



1. Jenis Bahan Komposit : Konkrit yang diperkukuh
Komponen : Simen, batu kerikil, pasir, air, besi atau keluli
Sifat Istimewa : 
  • Lebih kuat πŸ‘Š dan keras
  • Tahan beban yang berat πŸ’―
  • Mudah diacukan kepada pelbagai bentuk
Kegunaan : Digunakan untuk membina bangunan yang tinggi 🌁, jambatan dan pelantar minyak 

2. Jenis Bahan Komposit : Superkonduktor
Komponen : Kuprum (II) oksida, barium karbonat dan natrium oksida dipanaskan membentuk sejenis seramik dikenali sebagai perovoskit 
Sifat Istimewa : Tiada rintangan elektrik 
Kegunaan : Digunakan dalam kereta api laju πŸš…, sistem penyimpanan tenaga bermagnet, generator, transformer dan cip komputer πŸ’»

3. Jenis Bahan Komposit : Gentian optik πŸ”Œ
Komponen : Kaca, kuprum dan aluminium
Sifat Istimewa : 
  • Dapat menghantar data πŸ“² dalam kapasiti yang tinggi dan cepat ⚡
  • Stabil secara kimia dan kurang gangguan interferens
Kegunaan :
  • Digunakan dalam kabel komunikasi πŸ“ž
  • Digunakan dalam endoskop untuk memeriksa organ di dalam badan manusia πŸ‘¨


4. Jenis Bahan Komposit : Gentian kaca 🚴
Komponen : Plastik yang diperkukuh dengan gentian kaca
Sifat Istimewa :
  • Mempunyai kekuatan regangan yang tinggi
  • Mempunyai ketumpatan yang rendah
  • Mudah diwarnakan 
  • Mudah diacukan dan dibentukkan
Kegunaan : Digunakan untuk membuat tangki penyimpan air πŸ’§, raket badminton, bot 🚣dan papan peluncur salji πŸ‚

5. Jenis Bahan Komposit : Kaca fotokromik πŸ‘“
Komponen : Bahan fotokromik seperti argentum klorida digabungkan dengan kaca atau polimer lut sinar
Sifat Istimewa : Peka terhadap cahaya 🌞
Kegunaan : Digunakan untuk membuat kanta optik πŸ”, tingkap kereta 🚘, tingkap bangunan 🏒, panel paparan maklumat πŸ“Ί, kanta kamera πŸ“·, suis optik dan meter untuk mengukur keamatana cahaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan