Isnin, 15 Oktober 2018

9.3 Aloi



A. Susunan Atom dalam Logam


Logam tulen mempunyai sifat-sifat yang berikut :
  • Berkilat 💎
  • Ketumpatan tinggi
  • Konduktor elektrik ⚡ dan haba 🌞 yang baik 👍
  1. Logam tulen terdiri daripada jenis atom yang sama dengan saiz yang sama.
  2. Dalam keadaan pepejal, atom-atom tersusun secara padat dan teratur.
  3. Susunan-susunan atom dalam logam tulen.
Kemuluran logam : Logam adalah mulur (boleh ditarik menjadi wayar) kerana atom-atom mempunyai saiz yang sama. Apabila satu daya 👐 dikenakan, atom-atom mudah menggelongsor 🎿 ke atas satu sama lain.
Kebolehtempaan logam : Terdapat ruang-ruang kosong dalam susunan atom logam yang teratur. Apabila logam diketuk 🔨, atom-atom yang sama saiz mudah berubah kekedudukan baharu. Maka, logam boleh ditempa (boleh diketuk kepada pelbagai bentuk tanpa retak).

B. Susunan Atom dalam Aloi


  1. Aloi ialah satu campuran dua atau lebih unsur  mengikut komposisi yang tetap dengan unsur utamanya ialah logam.
  2. Aloi boleh mengandungi campuran logam dengan logam atau campuran logam dengan bukan logam.
  3. Sifat-sifat logam tulen boleh ditambahbaik 😃 dengan menukarkan logam tulen kepada aloi.
  4. Tujuan pengaloian :
  • Memperbaik rupa logam tulen 🌝
  • Menambah kekerasan 🌑
  • Menahan kakisan 
Aloi lebih kuat dan lebih keras 💪 daripada logam tulennya kerana kehadiran atom asing yang berbeza saiz mengganggu 😩 susunan logam tulen yang teratur. Gelongsoran antara atom menjadi sukar, lalu menjadikannya lebih keras. 

1. Gangsa 🏆

Komposisi : 90% Kuprum + 10% Stanum
Sifat : Kuat dan keras + Tidak mudah terkakis 😠 + Permukaan berkilat 
Kegunaan : Duit syiling + Pingat

2. Loyang 🎷

Komposisi : 70% Kuprum + 30% Zink
Sifat : Kuat 💪 dan keras  daripada kuprum
Kegunaan : Alat elektrik 🎤 + Alatan muzik + Barangan hiasan

3. Duralumin 🚀

Komposisi : 93% Aluminium + 3% Kuprum + 3% Magnesium + 1% Mangan
Sifat : Ringan ⛅+ kuat 👊
Kegunaan : Pembuatan badan kapal terbang + Basikal lumba 🚵 + Kabel elektrik ringan

4. Piuter 💐

Komposisi : 96% Stanum + 3% Kuprum + 1% Antimoni 2
Sifat : Berkilau 🙈 + Berkilat 💍 + Kuat
Kegunaan : Barangan perhiasan + Cenderamata

C. Eksperimen


Tujuan : Mengkaji kekerasan logam tulen dan aloinya
Pernyatan Masalah : Adakah aloi lebih keras daripada logam tulennnya? 😕
Hipotesis : Gangsa lebih keras daripada kuprum 😁
Pemboleh ubah :
  • Pemboleh ubah dimanipulasikan : Jenis bongkah 
  • Pemboleh ubah bergerak balas : Diameter lekuk
  • Pemboleh ubah dimalarkan : Jisim pemberat 
Radas : Kaki retort dan pengapit, pemberat 1 kg, bebola keluli 🎱, pembaris meter dan benang
Bahan : Bongkah kuprum, bongkah gangsa dan pita selofan
Prosedur :

  1. Sebiji bola keluli dilekatkan pada permukaan bongkah kuprum dengan menggunakan pita selofan.
  2. Pemberat 1 kg ☝ digantung setinggi 50 cm di atas bebola keluli seperti dalam rajah di atas.
  3. Pemberat itu dilepaskan 🙌 supaya jatuh pada bebola keluli.
  4. Diameter lekuk yang terhasil pada permukaan bongkah kuprum diukur dan direkodkan 📝.
  5. Langkah 1 hingga 4 diulang sebanyak 2 kali ✌ pada tempat yang berlainan pada bongkah kuprum untuk mendapatkan purata diameter lekuk yang terbentuk.
  6. Langkah 1 hingga 5 diulang dengan menggunakan bongkah gangsa untuk menggantikan bongkah kuprum.
Keputusan :

1. Bongkah : Kuprum
    Diameter lekuk (cm) : 1. 0.8 , 2. 0.6 , 3. 0.7
    Purata : 0.7

2. Bongkah : Gangsa
    Diameter lekuk (cm) : 1. 0.5 , 2. 0.6 , 3. 0.4
    Purata : 0.5

Kesimpulan :
  1. Hipotesis diterima 💯.
  2. Gangsa lebih keras daripada kuprum 😯.
Perbincangan :
  1. Purata diameter lekuk pada bongkah gangsa lebih kecil berbanding purata diameter lekuk pada bongkah kuprum.
  2. Semakin keras bongkah, semakin kecil purata diameter lekuk yang dihasilkan 😉.

18 ulasan:

  1. Mengapakah Kuprum tulen boleh ditempa?

    BalasPadam
  2. Terdapat beberapa ruang kosong di antara atom di dalam logam tulen.Apabila dikenakan daya,atom-atom akan menggelongsor untuk mengisi ruang kosong dan membentuk struktur baharu.

    BalasPadam
  3. Mengapa loyang lebih keras daripada kuprum tulen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuprum ialah 100% unsur tulen manakala loyang ialah sejenis aloi iaitu campuran 70% kuprum dan 30% zink. Saiz atom zink yang berbeza dari kuprum menyukarkan atom-atom kuprum untuk menggelongsor antara satu sama lain justeru menjadikannya keras.

      Padam
  4. terima kasih.. sangat membantu.. have a nice day!

    BalasPadam
  5. Apakah definisi secara operasi bagi aloi Logan tulen????

    BalasPadam
    Balasan
    1. - Aloi ialah bahan yang tidak mudah berubah bentuk apabila dikenakan daya
      - Aloi ialah bahan yang tahan kakisan
      - Aloi ialah bahan yang mampu membuat lekukan kurang dalam apabila pemberat dijatuhkan ke atasnya berbanding lekukan logam tulen

      Padam
  6. Kenapa bongka gangsa adalah lebih kuat berbanding dengan kuprum??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuprum ialah 100% unsur tulen manakala gangsa ialah sejenis aloi iaitu campuran 90% kuprum dan 10% stanum. Saiz atom stanum yang berbeza dari kuprum menyukarkan atom-atom kuprum untuk menggelongsor antara satu sama lain justeru menjadikannya keras.

      Padam
  7. Satu langkah penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih tepat tentang kekerasan bongkah?

    BalasPadam