Ahad, 14 Oktober 2018

9.2 Ammonia dan Garamnya

Imej yang berkaitan

A. Pembuatan Asid Nitrik

  1. Terdapat banyak kegunaan ammonia. Satu ☝ daripada kegunaan ammonia ialah untuk membuat asid nitrik melalui Proses Ostwald.
  2. Penghasilan asid nitrik memerlukan keadaan yang berikut ๐Ÿ‘‰ :
  • Suhu : 800°C ๐Ÿ”ฅ
  • Tekanan : 10 atmosfera
  • Mangkin : Platinum

B. Pembuatan Ammonia


  1. Ammonia NH3 dihasilkan dalam industri melalui Proses Haber.
  2. Bahan-bahan mentah untuk penghasilan ammonia, NH3 ialah gas nitrogen H2 dan gas oksigen, O2.
  3. Gas nitrogen, N2 diperoleh daripada penyulingan berperingkat ke atas udara cecair.
  4. Gas hidrogen, H2 diperoleh daripada gas asli
  5. Dalam penghasilan ammonia, NH3, gas nitrogen, N2 dan gas hidrogen, H2 dicampurkan mengikut nisbah isi padu 1 N2 : 3 H2 ke dalam pemampat.                        Persamaan Kimia : N2 (g) + 3H2 (g) 2NH3 (g)
  6. Penghasilan ammonia,NH3, memerlukan keadaan yang berikut ๐Ÿ‘‰ :
  • Suhu : 450°C ๐Ÿ”ฅ
  • Tekanan : 200 atmosfera
  • Mangkin : Besi

C. Kegunaan Ammonia


Ammonia yang berformula NH3 ialah sebatian yang sangat berguna ๐Ÿ˜„ dalam industri. Contohnya :

  • Membuat baja bernitrogen ๐ŸŒณ dalam bentuk ammonium sulfat, ammonium nitrat dan urea.
  • Dalam bentuk cecair, ammonia digunakan sebagai bahan penyejuk dalam peti sejuk.
  • Sebagai bahan mentah untuk pembuatan asid nitrik dalam Proses Ostwald.
  • Ditukarkan kepada asid nitrik untuk digunakan dalam pembuatan bahan letupan ๐Ÿ’ฃ.
  • Sebagai alkali untuk mencegah pengumpulan susu getah apabila susu getah perlu disimpan dalam bentuk cecair.
  • Menghasilkan ammonium klorida yang digunakan dalam pembuatan sel kering.

D. Penyediaan Baja Ammonium

  1. Baja ammonium ๐ŸŒฑ ialah baja bernitrogen yang dapat membekalkan unsur nitrogen untuk tumbuhan.
  2. Baja-baja ammonium dihasilkan melalui tindak balas peneutralan antara larutan ammonia NH3 dengan larutan asid.
  3. Baja berlainan mengandungi peratusan nitrogen mengikut jisim yang berbeza.
  4. Peratusan nitrogen mengikut jisim boleh dihitung dengan menggunakan rumus berikut : (Jisim nitrogen / Jisim molekul relatif baja) x 100% 

1. Urea, CO(NH2)

  • Tindak balas peneutralan : Larutan Ammonia + Karbon Dioksida
  • Persamaan Kimia : 2NH3 (g) + CO2 (g)CO(NH2) (p) + H2O (ce)
  • ( 2(14) / (12 + 16 + 2(14) + 4(1) ) ) x 100 % = 46.7%
  • Mengandungi 46.7% nitrogen ๐Ÿ˜ฒ



2. Ammonium Nitrat, NH4NO3

  • Tindak balas peneutralan : Larutan Ammonia + Asid Nitrik
  • Persamaan Kimia : NH3 (ak) + HNO3 (ak) ➝ NH4NO3 (ak)
  • 2(14) / (2(14) + 4(1) + 3(16)) x 100 % = 35%
  • Mengandungi 35% nitrogen ๐Ÿ˜ฏ




3. Ammonium Sulfat, (NH4)2SO4

  • Tindak balas peneutralan : Larutan Ammonia + Asid Sulfurik
  • Persamaan Kimia : 2NH3 (ak) + H2SO4 (ak) ➝ (NH4)2SO4 (ak)
  • 2 (14) / ( 2(14) + 8(1) + 32 + 16(4)) x 100 % =  21.2%
  • Mengandungi 21.2% nitrogen ๐Ÿ˜ฎ

Baja yang mengandungi lebih banyak nitrogen adalah lebih baik. Daripada kiraan di atas, ianya menunjukkan bahawa baja Urea, CO(NH2)2 adalah baja yang terbaik ๐Ÿ˜ฑ antara ketiga-tiga baja tersebut ❗


4 ulasan: